ROSEMARY COOKIES

     


Rasa herba rosemary yang unik. Tak percaya biskut ni rasanya sedap...



Resepi biskut yang dicuba daripada Majalah RASA. Lain daripada yang lain...



Biskut rosemary

Bahan2:
250g mentega
30g shortening
180g gula kaster
360g tepung gandum - diayak
120g tepung jagung - di ayak
90g serbuk badam
1 tsp herba rosemary kering - di kisar/ di cincang halus
1 biji kuning telur - untuk sapu atas biskut
Sedikit rosemary untuk tabur atas biskut


Cara2:
1. Pukul mentega, shortening & gula hingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam & rosemary. Gaul adunan hingga sebati & rata.

3. Canaikan lebih kurang 1 cm tebal. Terap menggunakan acuan kesukaan & susun atas dulang pembakar.

4. Sapukan kuning telur atas biskut & taburkan sedikit rosemary atasnya.

5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 - 20 min atau hingga masak. Bila biskut sudah masak, sejukkan sepenuhnya baru simpan dalam bekas kedap udara.





Comments

Popular Posts