PEANUT BUTTER CHOCOLATE CHEESECAKE



A special cake for my beloved husband...



Resepi yang diadaptasi dari BS recipes. A very complicated recipe yet worth it.



PEANUT BUTTER CHOCOLATE CHEESECAKE

Original cheesecake:
A
1kg cream cheese
220g gula kaster

B
4 biji telur, suhu bilik

C
2 sb tepung gandum
4 sb uht whipping cream

D
1 cawan mini peanut butter cups, dicincang
(resepi rujuk SINI)

Cara2 membuat cheesecake:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan 2 biji loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

3. Masukkan pula bahan C. Pukul hingga sebati.

4. Akhir sekali, masukkan bahan D & kaup balikkan.

5. Tuang adunan cheesecake sama banyak kedalam 2 loyang yang disediakan tadi. Bakar selama 30 minit atau hingga cheesecake masak. Biarkan cheesecake sejuk dalam oven selama 30 minit baru keluarkan. 

Tips: 1. Jika oven anda tidak muat untuk 2 biji loyang, buat 1/2 adunan dulu & 1/2 adunan lagi kemudian.
2. Bila cheesecake sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Cheesecake akan merekah.
3. Cheesecake boleh disediakan 2 atau 3 hari awal. Balut guna cling wrapper & bekukan. Simpan pada suhu bilik sebelum diguna.


Chocolate Cake:
1/2 paket dark chocolate fudge cake mix
1/2 paket chocolate fudge instant pudding
1/2 cawan sour cream
1/4 cawan minyak sayuran
2 biji telur

Cara2 membuat chocolate cake:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan 2 biji loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun. Pukul pada kelajuan rendah selama 2 minit hingga semua bahan sebati.

3. Tuang adunan kek kedalam loyang yang disediakan & bakar selama 20 - 25 minit. Sejukkan sepenuhnya.

# Saya gunakan Philsbury Devil's food cake mix untuk resepi ini. 
# 1 kotak Philsbury Devil's food cake mix + 140ml susu segar +140ml air + 3 biji telur + 85ml minyak jagung.
# Boleh disediakan 2-3 hari awal. Balut & simpan dalam peti sejuk. Potong kepada 2 lapisan.


Caramel sauce:
 113g mentega
300g gula perang
232g uht whipping cream
1 sk garam halus

Cara2 membuat caramel sauce:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Masak guna api perlahan sambil mengaul.

2. Masak hingga gula larut. Sejukkan sebentar & simpan dalam peti sejuk hingga menjadi pekat.


Chocolate ganache frosting:
250g milk chocolate compound, dicincang
250g uht whipping cream
30g mentega
1 sb creamy peanut butter

Cara2 membuat frosting:
1. Panaskan krim guna api perlahan hingga berbuih pada tepi periuk. 

2. Tuangkan atas coklat yang dicincang tadi. Biarkan seketika & gaul sebati.

3. Masukkan mentega & creamy peanut butter. Gaul hingga sebati. Pastikan tiada ketulan. Simpan dalam peti sejuk.


Peanut butter frosting:
270g creamy peanut butter
70g mentega
80g non dairy whipping cream
180g gula aising, diayak

Cara2 membuat frosting:
1. Pukul mentega & peanut butter hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan krim. Pukul sebati. Adunan akan menjadi pekat sedikit.

3. Kemudian, masukkan gula aising sedikit demi sedikit. Pukul hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk dipaip.


Bahan tambahan:
Kacang bergaram, di belah dua
Mini Peanut butter cups, dibelah dua utk hiasan


Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan cake board atau pinggan yang rata. Letakkan 1 lapisan 
kek coklat atasnya. Tuang sedikit caramel sauce lebih kurang 2-3 sudu besar. Hati2 jangan tuang dengan banyak untuk mengelakkan dari menitis hingga ketepi. Taburkan kacang bergaram.

2. Kemudian, letakkan 1 lapisan cheesecake atasnya. Letakkan pula lagi caramel sauce & kacang. Ulang semula letakkan lapisan kek coklat, caramel sauce, kacang & diakhiri dengan lapisan cheesecake.

3. Sapukan keseluruhan kek dengan chocolate ganache frosting. Paipkan swirl pada atas kek dengan peanut butter frosting. Letakkan mini peanut butter cups yang dibelah dua. Paipkan juga cake boarders pada tepi2 kek.

4. Simpan kek dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman baru dipotong. Untuk potongan yang kemas, gunakan pisau yang dicelup dengan air panas & dilap bersih.



Comments

Popular Posts