OREO COOKIES



Wow!!!Biskut oreo boleh buat sendiri rupanya...

Resepi daripada Sedap Tube, tq.




My son jadi model biskut oreo saya, hehe...



OREO COOKIES

Biskut:
A
250g mentega, suhu bilik
220g gula kaster

B
1 biji telur, gred A
1 sk esen vanila

C
250g tepung gandum
90g serbuk koko, berkualiti
1 sk baking powder
Secubit garam (jika guna unsalted butter)

Cara2 membuat biskut:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B, pukul rata.

3. Satukan semua bahan C & ayak bersama. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam bahan yang dipukul tadi sambil memukul dengan kelajuan rendah. Saya gaul guna tangan sahaja & uli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian & bungkus guna plastic wrapper. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

5. Panaskan oven pada suhu 175C. Canai doh pada ketebalan 1/4 - 1/8 inci. Terap guna acuan bulat bersaiz diameter 2 inci atau saiz yang disukai. Susun dalam dulang pembakar & buat hingga habis.

6. Bakar selama 12 minit atau hingga biskut masak. Sejukkan sepenuhnya. 


Krim:
A
125g mentega, suhu bilik
2 sb susu segar/krim
1 sk esen vanila
Secubit garam

B
375g gula aising, diayak

Cara2 membuat krim:
1. Pukul bahan A hingga sebati.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Pukul hingga adunan sebati.

3. Masukkan krim kedalam piping bag. Ambil sekeping biskut, paipkan sedikit krim atasnya & tekap sekeping lagi biskut atasnya. Tekan sedikit untuk meratakan krim. Buat hingga habis & simpan dalam bekas kedap udara.




Comments

Popular Posts