MOCHA TARTS




This tart is so special & delicious...

Makan sekali, nak lagi!!!




MOCHA TART

Pastri:
A
14g gula kaster
175g tepung gandum, diayak

B
113g mentega sejuk, potong dadu

C
50ml air sejuk

Cara2 membuat pastri:
1. Dalam mangkuk, satukan bahan A. Gaul guna handwhisk. 

2. Masukkan bahan B & ramas guna tangan hingga sebati menjadi serbuk kasar. 

3. Kemudian, masukkan bahan C, sedikit demi sedikit & uli menjadi doh yang lembut.

4. Griskan acuan muffin/cupcake dengan sedikit mentega. Ambil sedikit doh & bulat-bulatkan. Bentukkan dengan kemas dalam acuan. Simpan dalam freezer selama 5 minit.

5. Bakar pastri selama 5 minit dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C. Keluarkan dari oven & isikan mocha filling. Bakar semula selama 20 minit atau hingga intinya masak. Bila digerakkan sedikit ianya tidak cair. Tat ini sedap dimakan bila sejuk.


Inti mocha:
A
45g mentega
120g gula kaster
30g serbuk koko
230g krim uht

B
2 sk serbuk kopi segera / espresso
1 sk esen vanila

C
1 biji telur, gred AA

Cara2 membuat inti mocha:
1. Satukan semua bahan A dalam periuk kecil. Panaskan sambil mengacau guna handwhisk hingga tepi2nya berbuih.

2. Matikan api, masukkan bahan B. Gaul rata & biarkan hingga agak suam. Masukkan bahan C, kacau sebati. Tutup & simpan hingga sedia untuk digunakan.






Comments

  1. Wahh ...laju Lyn update blog baruπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comments :)

Popular Posts