LEOPARD CHEESECAKE



A birthday cake for my SIL. Alhamdulillah she loved it.





Rasa sesedap rupa, sekejap saja dah licin.



LEOPARD CHEESECAKE

Base:
100g oreo, buang inti & kisar halus  
100g digestive biscuits, kisar halus
50g gula perang
50g serbuk koko
80g mentega cair

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang springform bersaiz 9 inci. Griskan dengan sedikit mentega.

2. Satukan semua bahan2 base & gaul rata. Masukkan kedalam loyang yang disediakan. Ratakan pada dasar & tepi2 loyang.

3. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Sejukkan sebentar.


Cheese filling:
A
500g cream cheese, suhu bilik
160g gula kaster

B
3 biji telur

C
250g sour cream

D
1 sk esen vanila

E
Chocolate emulco

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

3. Masukkan pula bahan C & D. Pukul hingga sebati.

4. Sediakan 2 biji mangkuk, isi setiap mangkuk lebih kurang 200g adunan cheese tadi. Campurkan salah satu adunan dengan beberapa titis chocolate emulco (jangan terlalu gelap) & pada bahagian yang satu lagi campurkan lebih kurang 1sk chocolate emulco atau lebih hingga warnanya lebih gelap dari adunan yang lagi satu. Masukkan kedalam piping bag.

5. Tuangkan 1/2 baki adunan cheese yang plain kedalam loyang. Paipkan adunan cheese coklat yang berwarna gelap membulat dalam 2 atau 3 bulatan atas adunan cheese yang plain tadi. Kemudian paipkan pula adunan cheese coklat yang agak terang atasnya. Paipkan semula adunan cheese coklat gelap atas yang terang tadi. Akhir sekali, tuang perlahan-lahan baki adunan cheese yang plain atasnya hingga rata.

6. Bakar guna teknik waterbath selama 1 jam pada suhu 160C. Bila kek sudah masak, biarkkan hingga suam dalam oven baru dikeluarkan. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman baru dipotong.





Comments

Popular Posts