KEK BATIK CHEESECAKE



Gabungan kek batik & cheesecake, maka terhasillah kek yang sedap & unik ini.






KEK BATIK CHEESECAKE

Kek batik:
A
100g milk chocolate, potong kecil2
30g serbuk koko
30g milo
150g susu pekat
60g butter

B
2 biji telur

C
120g biskut cheese/ marie

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang springform bersaiz 9 inci. Griskan keseluruhan loyang dengan sedikit butter. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak & griskan lagi dengan sedikit butter. Alaskan loyang dengan aluminium foil. Ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam periuk. Masak hingga cair sepenuhnya sambil mengacau dengan menggunakan handwhisk. Alihkan dari api.

3. Masukkan bahan B & gaul rata. Masak semula atas api perlahan hingga pekat. Matikan api & biarkan hingga agak suam.

4. Susun biskut dalam loyang yang disediakan tadi. Tuang adunan coklat perlahan-lahan atas susunan biskut menggunakan sudip. Setelah adunan coklat siap dituang semuanya, hentakkan beberapa kali atas kaunter untuk mengeluarkan udara yang terperangkap. Tutup & simpan dalam peti sejuk sementara membuat cheese filling.


Cheese filling:
A
500g cream cheese
1sk esen vanila
160g gula kastor

B
3 biji telur 

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. 

2. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul hingga sebati.

3. Keluarkan loyang dari peti sejuk. Perlahan-lahan tuang adunan cheese atas adunan kek batik tadi. Bakar guna kaedah steambath selama 1 jam atau hingga kek masak. Biarkan kek dalam oven selama 1 jam baru dikeluarkan. Sejukkan sepenuhnya, tutup & simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman baru dipotong. 





Comments

Popular Posts