GREEN TEA OGURA CHEESECAKE



Salah satu resepi ogura cake kegemaran saya. Lembut & aroma green tea yang sungguh menyelerakan. Tak pernah jemu makan kek ni.



GREEN TEA OGURA CHEESECAKE

Bahan2nya:
A
250g cream cheese
50g minyak jagung
160g susu segar

B
130g tepung superfine, diayak

C
2 biji telur, gred AA
6 biji kuning telur, gred AA
1/4 sk garam

D
6 biji putih telur
175g gula kaster
1 sk cream of tartar

E
3 sk Green tea powder
2 sb air panas

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan2 A. Masak guna kaedah double boiler hingga cheese cair sepenuhnya & tidak berketul-ketul guna api perlahan. 

3. Masukkan bahan B, gaul guna handwhisk hingga sebati. Masukkan pula bahan C, gaul rata. Ketepikan.

4. Pukul putih telur & cream of tartar hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga kembang. Satukan dengan adunan kuning telur (langkah 3) tadi. Kaup balikkan hingga rata.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satukan bahan E, gaul hingga sebati & halus. Satukan campuran bahan E kedalam salah satu bahagian tadi. Bahagian yang lagi satu biarkan plain. Gaul rata.

6. Tuang berselang seli adunan plain & adunan green tea kedalam loyang yang disediakan. Buat hingga habis. 

7. Bakar guna kaedah waterbath selama 1 jam atau hingga kek masak pada suhu 160C. Bila kek sudah masak, terbalikkan atas wirerack & biarkan sejuk sepenuhnya baru dipotong. Kek ini sedap dimakan setelah disimpan dalam peti sejuk. Tutup dalam bekas kedap udara supaya tidak kering.





Comments

Popular Posts