GOLDEN BUTTERCAKE


Kek yang lembut & gebu....pasti menggamit selera si penggemar kek mentega.


Boleh dibakar dalam loyang bulat atau empatsegi bersaiz 9 inci.




GOLDEN BUTTERCAKE

Bahan2nya:
A
226g butter
200g gula kaster

B
2 biji kuning telur, gred A
4 biji telur, gred A

C
360g tepung superfine, diayak
2 sk baking powder, diayak

D
200g susu segar
2 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci (saya guna loyang poundcake), gris & alaskan dengan baking paper.
2.  Pukul butter dari bahan A hingga lembut & gebu. Masukkan gula, pukul lagi hingga lembut & berkrim.

3. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

4. Kemudian, masukan berselang-seli bahan C & D. Pukul sebati.

5. Tuang dalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 40 minit atau hingga kek masak.

6. Bila kek sudah masak, biarkan kek sejuk dalam acuan selama 10 min baru dikeluarkan. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.






Comments

Popular Posts