CLASSIC NEW YORK CHEESECAKE



Satu lagi resepi cheesecake yang saya gemari...




Inti yang berkrim...diadaptasi dari resepi Rich New York Cheesecake by Chef Alex Goh yang pernah saya cuba sebelum ini.




CLASSIC NEW YORK CHEESECAKE


Crust:
80g digestives biscuits, dikisar halus
70g vanila waffer, dikisar halus
70g almond flakes, dikisar halus
40g mentega, dicairkan

Cara2 membuatnya:
1.  Satukan semua bahan crust & kacau rata. Tekan dalam loyang springform bersaiz 9 inci. Ratakan pada dasar & tepinya lebih kurang 1 1/2 inci tinggi.

2. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar selama 10 minit atau hingga warnanya bertukar keemasan. Jika memilih untuk membakar tanpa kaedah steam-bath, skipkan langkah ini. Tutup & sejukkan sahaja crust sehingga sedia untuk digunakan.


Cheesecake:
A
750g cream cheese
150g gula 

3 biji telur, gred A

C
30g tepung
2 sk esen vanila

D
200g sour cream

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul rata.

2. Kemudian, masukkan pula bahan C, pukul rata lagi. 

3. Masukkan bahan D, pukul sebati. Tuang atas crust tadi & bakar selama 1 jam 30 minit atau hingga kek masak. Bergantung kepada tahap kepanasan oven.

4. Biarkan kek dalam oven selama 1 jam dengan pintunya dibuka sedikit. Sejukkan sepenuhnya, tutup & simpan dalam peti sejuk semalaman.




Comments

Popular Posts