CHOCOLATE DURIAN TIRAMISU CAKE



Are u durian fan???Try this cake recipe...





Gabungan chocolate sponge cake & durian filling...sedap tak terkata!!!



CHOCOLATE DURIAN TIRAMISU CAKE

Chocolate sponge cake:
A
4 biji putih telur, gred A
100g gula kaster
Secubit cream of tartar

B
4 biji kuning telur, gred A
16g gula kaster

90g tepung gandum, diayak
20g serbuk koko, diayak

D
50g minyak jagung

Cara2 membuat kek span:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 7 inci, lanserkan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan A hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang 7 bertanduk. Ketepikan sebentar.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang. Masukkan adunan putih telur & kaup balikkan hingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul rata. Masukkan pula bahan D & kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 30 - 40 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong kepada 2 lapisan.


Durian cheese filling:

A
250g mascarpone cheese
75g durian puree
50g gula kaster

B
6g serbuk gelatin
30g air

C
150g whipping cream
5g gula kaster

Cara2 membuat durian filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut. Kemudian masak atas double boliler hingga jadi lembut, ketepikan.

2. Satukan bahan2 B, cairkan atas double bolier. Masukan kedalam bahan A tadi. Gaul rata.

3. Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat, kaup balikkan kedalam aduan A + B tadi, gaul hingga sebati.

4. Ambil satu lapisan kek, letakkan dalam loose base tin bersaiz 7' atau cake ring, tuang 1/2 adunan filling, letakkan pula lapisan kek yang kedua, tuang baki filling tadi. Kemudian, letakkan lapisan kek yang terakhir di atasnya.

5. Tutup guna plastik wraper, sejukkan selama 3 jam hingga filling mengeras. Salut kek sepenuhnya dengan fresh cream & hiaskan supaya lebih menarik.




Comments

Popular Posts