CHOCOLATE CHIP & CADBURY MUFFINS



Resepi muffin yang sangat sedap. Lembut & rasa coklat yang kuat.



Saya tambahkan coklat hazelnut cadbury dalamnya...ble nampak tak? Yummyy!!!



CHOCOLATE CHIP & CADBURY MUFFINS


Bahan2nya:
A
225g tepung naik sendiri, diayak
30g serbuk koko berkualiti, diayak
60g brown sugar
110g gula kaster
1/2 sk garam
60g chocolate chips

B
2 biji telur, gred A
210g susu penuh krim, perisa coklat
135g minyak jagung
1 sk esen vanila

C
1 paket kecil Cadbury with hazelnut, dicincang kasar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang muffin & alaskan dengan kertas cawan. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan2 A bersama. Gaul rata guna handwhisk.

3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan2 B. Gaul rata. Tuang kedalam campuran bahan A tadi (langkah 2). Gaul sebati.

4. Tuang adunan 3/4 penuh kedalam kertas cawan yang disediakan tadi. Tabur sedikit bahan C atasnya. Bakar selama 20 minit atau hingga masak.




Comments

Popular Posts