BLUEBERRY CHEESEY CHEESECAKE




Kek yang amat digemari dirumah saya...sekejap dah licin.






BLUEBERRY CHEESEY CHEESECAKE

Kek:
A
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan jus oren
1/2 cawan air
1sk jus lemon
180g superfine flour, diayak
3 sb tepung jagung, diayak
3 sk double action baking powder, diayak

B
5 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sk cream of tartar

Cara membuat cake:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak

2. Satukan bahan2 A dalam mangkuk, gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul bahan2 B hingga kembang. Satukan dengan adunan A tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

4. Tuang adunan kedalam loyang & bakar selama 40-45 minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong kepada 3 lapisan.


Cram cheese frosting:
250g cream cheese
50g mentega
50g gula aising, diayak
250g non dairy cream
Cheddar cheese diparut secukupnya
Blueberry filling

Cara2 membuat frosting:
1. Pukul gula aising, butter & cream cheese hingga lembut.

2. Kemudian, masukkan cream sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang.

3. Ambil lapisan kek yang pertama, sapukan frosting & kemudian sapukan sedikit blueberry filling. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir diletakkan diatas sekali.

4. Kemudian, sapukan keseluruhan kek dengan lebihan frosting & hiaskan dengan parutan cheddar cheese. Sejukkan sebelum dihidang.





Comments

Popular Posts