BISKUT MAKMUR SABAH



Resepi evergreen...Biskut Makmur Sabah yang sedap, rapuh & cair dimulut.

Resepi yang diajar oleh my beloved grandma, Generosa Montanez. Thank you nay..muahh!!



BISKUT MAKMUR


Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, disangai hingga gebu

B
200g mentega
200g minyak sapi

C
500g kacang tanah, digoreng & ditumbuk kasar
200g gula kaster

D
200g susu tepung
250g gula aising

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A, B & C hingga menjadi doh.

2. Bulat-bulatkan doh tadi. Susun atas dulang pembakar.

3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15-20 minit.

4. Biarkan suam baru disalut dengan bahan D. Simpan dalam bekas kedap udara.




Comments

Popular Posts