BISKUT JINTAN



Salah satu biskut yang sangat popular di Sabah. Ada yang panggil biskut jintan, ada juga yang biskut Sharifah Aini.




Biskut Jintan

Bahan2nya:
A
500g tepung gandum, disangai

B
1 sb jintan hitam, disangai
180g gula aising, diayak

C
220g minyak jagung / mazola

D
Susu tepung berkualiti


Cara2 membuatnya:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, sejukkan sebentar tepung yang telah disangai.

2. Masukkan bahan B, gaul rata.

3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. 

4. Canai doh ikut ketebalan yang disukai. Terap guna acuan biskut & susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau hingga biskut masak.

5. Sejukkan sebentar hingga suam2 kuku baru disalut dengan bahan D. Simpan dalam bekas kedap udara.



Comments

Popular Posts