APAM PISANG



Siapa tak suka makan apam kan..sedap sungguh apam pisang ni. Sesuai dimakan sambil minum petang.



Resepi daripda kak Mariana Zainal, tq.





APAM PISANG

Bahan2nya:
250g pisang yang dilecek
280g tepung gandum, diayak
1 sk baking soda, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula perang
160g susu pekat manis
95g minyak jagung
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan2 dalam mangkuk, gaul sebati. Tutup & peram selama 30 minit.

2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih pada api sederhana. Sediakan acuan apam & sapukan dengan sedikit minyak.

3. Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15 minit guna api sederhana. Jika suka apam yang merekah, kukus guna api tinggi.




Comments

Popular Posts