APAM MENTEGA



Resepi apam yang sedap...




Resepi daripada kak Ida Osman, tq.




APAM MENTEGA

Bahan2nya:
A
125g gula pasir
80g air
80g mentega

B
70g gula pasir
2 biji telur
140g tepung gandum
1 sk (sudu kfc) baking soda, ratakan
135g susu segar

Cara2 membuatnya:
1. Masak gula dari bahan A hingga perang. Masukkan air, biarkan gula larut & masukkan mentega. Ketepikan.

2. Pukul gula & telur dari bahan B hingga kembang. Masukkan gula perang suam (langkah 1) tadi sedikit demi sedikit sambil terus memukul.

3. Kemudian, masukkan tepung & soda yang telah diayak berselang seli dengan susu segar. Pukul rata.

4. Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang aduan 3/4 penuh & kukus selama 15 minit atau hingga masak.




Comments

Popular Posts