Friday, 17 February 2017

FEATHER LIGHT CHEESECAKE




Assalamualaikum buat semua yang berkunjung kesini...

Hari ni saya nak kongsikan lagi salah satu resepi cheesecake kegemarannya saya. Resepi ni pun banyak kali saya jadikan entri di blog yang lama My Baking Workshop.


  


Cheesecake ni memang sangat lembut & gebu sesuai dengan namanya. Makan pun tak perlu kunyah sangat, gebu macam kapas. Lagi gebu daripada Japanese cotton cheesecake, yang dah pernah cuba resepi ni dulu pasti tahu kesedapan kek ni kan? hihi. Makan sejuk2 sedap sangat.




Resepi kek ni daripada Chef Alex Goh, salah satu pastry chef kegemaran saya. Semua resepi daripada buku beliau sedap2 belaka. Alhamdulillah, setakat ni semua resepi beliau yang saya cuba menjadi ^_^ 

Jom kita lihat resepinya...





FEATHER LIGHT CHEESECAKE

A
250g susu segar
20g mentega
125g cream cheese

B
50g tepung gandum

C
3 biji kuning telur
1 sk esen vanila

D
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
Secubit garam
80g gula kastor

E
1 sk chocolate emulco

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven, sediakan loyang empatsegi/bulat bersaiz 8 inci. Griskan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul cream chesse dari bahan A hingga lembut. Ketepikan sebentar. Panaskan pula susu segar & mentega. Tuang 1/2 kedalam cream cheese tadi, gaul perlahan-lahan guna handwhisk hingga sebati. Tuang baki campuran susu tadi & masak semula guna teknik double boiler hingga betul2 sebati & tiada ketulan. Sejukkan sebentar.

3. Masukkan pula bahan B, diikuti bahan C. Gaul hingga sebati.

4. Kemudian, satukan putih telur, garam & cream of tartar dari bahan D. Pukul hingga berbuih. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit & pukul hingga kental.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan cheese, kaup balikkan sebati. Kemudian, masukkan lagi 1/2 baki adunan putih telur & kaup balik hingga sebati. 

6. Ambil lebih kurang 100g daripada adunan tadi, satukan dengan bahan E. Gaul rata. Ketepikan.

7. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Kemudian, tuang pula adunan cheese coklat atasnya. Guna pisau atau chopstick, buat bentuk pusaran.

8. Bakar dalam oven selama lebih kurang sejam atau hingga kek masak pada suhu 160C. Bila kek sudah masak, biarkan sebentar hingga tepi2nya merenggang baru keluarkan dari loyang. Kek akan mengecut sedikit. Sejukkan beberapa jam dalam peti sejuk baru dipotong.





Wednesday, 15 February 2017

RED VELVET CUPCAKES




Assalamualaikum buat semua...

Bertahun tak buat rvc cupcake ni. Kadang teringin juga nak makan tapi malas kemain nak buatnya ^_^

Ni pun buat atas permintaan my doter, dah lama dia minta saya buatkan red velvet cake, bukan alang2, nak Vertical RVC...adehh disebabkan mamanya tak seberapa rajin nak ber'vertical', jadilah red velvet versi cupcake saja, hehe.




Resepi RV cupcakes ni saya guna resepi yang sama dengan Vertical Red Velvet Cake

Alhamdulillah, keknya memang cukup moist & sesuai sangat digandingkan dengan cream cheese frosting. Jadilah dalam 24 biji cupcake bersaiz sederhana. Boleh cuba ada masa nanti ya :)





RED VELVET CUPCAKES

Adunan kek:
A
2 1/2 cawan tepung superfine, diayak
2 sb serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk baking soda

B
300g buttermilk
2 1/2 pewarna makanan merah
1 1/2 sk esen vanila

C
1/2 cawan minyak jagung
200g gula kaster
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan kertas cawan & susun dalam acuan muffin atau boleh juga gunakan kertas acuan muffin. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A & ayak. Satukan pula bahan B dalam mangkuk yang lain. Ketepikan.

3. Kemudian, dalam mangkuk pengadun. Satukan bahan C. Pukul hingga agak kembang. 

4. Masukkan bahan A & B berselang seli. Pukul sekejap & gaul guna whisk hingga rata. Jangan terlebih pukul kerana kek akan jadi keras.

5. Tuang adunan 3/4 penuh dalam kertas acuan yang telah disediakan. Bakar selama 20-25 minit atau hingga masak pada suhu 170C. Sejukkan sepenuhnya. 


Cream cheese frosting:
A
500g non dairy whipping cream

B
250g cream cheese
1 1/2 sk esen vanila
50g gula aising, diayak


Cara2 membuatnya:
1. Pukul whipping cream hingga soft peak. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang lain. Satukan bahan B & pukul hingga sebati. 

3. Kaup balikkan whipping cream kedalam adunan cheese. Jika frosting agak cair, pukul guna mixer hingga pekat.

4. Masukkan kedalam piping bag & paipkan atas cupcakes. Hiaskan jika suka.




Monday, 6 February 2017

KARIPAP SARDIN KENTANG



Assalamualaikum buat semua...

Akhirnya datang juga rajin nak buat karipap ni. Karipap kampung jenis yang macam ni memang kesukaan saya, kulitnya rangup & menggerutu (saya goreng tak menggerutu sangat) ^_^  

Alhamdulillah ramai yang sudi share resepi pada saya, pening nak ikut resepi yang mana. Saya yakin semuanya pun pasti sedap2 belaka. Kita try satu2 ya ^_^




Untuk resepi kulitnya saya ikut resepi daripada kak Jamilah Yatie. Untuk intinya pula saya olah daripada resepi karipap daging kak Sabariah Bahasar. Cara mengisi inti saya ikut cara kak June Ahmad, tekap guna acuan dulu baru kelimkan semula. Cara kelim pula ikut dalam U tube, hehehe. 

Tq akk2 semua :)

Jom kita lihat resepinya...





KARIPAP SARDIN KENTANG

Pastry:
1kg tepung gandum
1 cawan minyak masak, dipanaskan
380g air sejuk (saya letak lebih sedikit)
Sedikit garam

Cara2 membuatnya:
1. Masukkan tepung & garam dalam bekas, masukkan pula minyak yang dipanaskan tadi. Gaul rata guna senduk kayu.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh sebentar.

3. Ambil sedikit doh & canaikan. Masukkan dalam acuan, isikan inti. Kelim semula tepi doh guna tangan (optional) untuk pastikan tak terbuka bila digoreng.


Inti sardin kentang:
A
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 biji bawang merah, dicincang halus

B
1 sudu besar cili giling
4 sb rempah kari daging
Sedikit air

C
1 tin ikan sardin
1/2 cawan air asam jawa

D
4 biji kentang, dipotong dadu 
Garam & gula secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan B, jadikan pes & ketepikan. Tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan bahan B tadi, masak hingga garing.

2. Masukkan bahan C, gaul hingga sardin hancur. Masukkan pula bahan D. Masak hingga kentang benar2 empuk & airnya kering. Sejukkan sepenuhnya baru diguna supaya tidak mudah basi. 




Wednesday, 25 January 2017

EGG TART



Nyumm...sedapnya makan tat telur. Jarang2 orang tak suka kan. 





Selalu kalau saya teringin nak makan tat telur mesti beli di berry cake house. Suka sangat dengan tat telur berry, saiznya besar, inti banyak & mengenyangkan. 

So kali ni, saya nak try2 buat sendiri pulak. Buat tat telur ala2 berry gitu ^_^




Untuk resepinya saya guna sweet pastry & untuk inti pula resepi daripada chef Wendy Kor. Pernah saya sharekan resepinya dulu diblog lama.

Untuk pastrynya saya tak bakar terlebih dahulu baru diletak inti, saya bakar sekali. Cubalah, inshaallah sedap.





EGG TART

Pastry:
A
500g tepung gandum
250g mentega sejuk, potong dadu
125g gula kastor

B
2 biji kuning telur
1 sk esen vanila
5 sb susu cair

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan A. Ramas guna tangan hingga menjadi doh kasar.

2. Buat lubang ditengah. Masukkan bahan2 B. Gaul hingga menjadi doh yang lembut. 

3. Ambil sedikit doh, bentukkan kemas dalam acuan tat atau bekas muffin, lanserkan bekas dengan sedikit mentega. Pastry tu bentukkan nipis sedikit, jangan tebal2 supaya cepat masak. Jangan cucuk dasarnya guna garfu, biarkan saja. Buat hingga habis. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti.


Inti kastard:
A
3 biji telur, gred A
2 biji kuning telur, gred A
90g gula kaster
1/2 sk garam
1 sk esen vanila

B
100g air
100g susu segar/susu cair

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A, gaul rata. 

2. Masukkan bahan B. Gaul perlahan & tapis sebanyak 2 kali.

3. Tuang 3/4 penuh dalam acuan berisi pastry tadi. 

4. Bakar selama 30-35 minit atau hingga tat masak dalam oven yang telah dipanaskan. Bila inti dah tak cair & naik sedikit, matikan oven. Biarkan sebentar baru dikeluarkan. Boleh dimakan suam atau sejuk.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...